M e m p e r k e n a l k a n...


Sekolah Menengah Teknik Temerloh
Simpang Sanggang, 28020 Temerloh
Pahang Darul Makmur

Tel : 09-2846344  Fax : 09-2846345
e-mail : smttsstp@tm.net.my
 

Sekolah Menengah Vokasional Temerloh siap dibina pada tahun 1976 dengan kos pembinaan RM3,608,421.19 di bawah Rancangan Malaysia ke-2. Kumpulan pelajar pertama adalah seramai 144 orang dengan beberapa orang guru dalam serba kekurangan.  Beberapa orang guru masih terus berkhidmat di sini....ikuti sejarah awal SMTT .

Sekolah ini dirasmikan oleh Pemangku Sultan Pahang - Tengku Abdullah Tengku Ahmad Shah pada 16.06.1982.  Dari sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar tercicir di bidang akademik,    sekolah ini telah melalui perubahan dari masa-ke masa sesuai dengan perkembangan pendidikan tanah air. Pada 01.01.1997 sekolah ini dinaiktaraf menjadi SM Teknik Temerloh dengan menawarkan kursus-kursus baru bagi pelajar-pelajar lepasan PMR dan SPM. Tenaga pengajar turut bertambah....!  Klik untuk stastik guru & murid.

Sekolah ini turut mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang.  Antara yang dibanggakan ialah kejayaan peserta-peserta silat sekolah ini yang membantu Negeri Pahang muncul juara Pertandingan Silat Remaja Kebangsaan pada tahun 1999 dan salah seorang darinya dipilih mewakili negara.  Seorang peserta Tae Kwan Do sekolah ini juga berjaya memenangi pingat emas di peringkat kebangsaan. Dalam pertandingan Bolasepak Liga Teknik Piala Dato' Dr. Shukur tahun ini (2000), kami muncul juara di peringkat zon bagi mewakili negeri Pahang.

Guru-guru sekolah ini juga tidak ketinggalan. Selain melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di Universiti-universiti tempatan, seramai 4 orang guru sedang mengikuti kursus di Jepun.  Dianggarkan lebih 20 orang guru dari sekolah ini pernah terpilih berkursus di beberapa negara spt. Jepun, Australia, Kanada, Korea Selatan dan New Zealand.

Kini SMTT mengalami perubahan lagi...Bangunan-bangunan baru - makmal, kelas, surau, kantin, dewan makan, asrama puteri, bilik guru,gelanggang tenis sedang rancak dalam pembinaan.  Menjelang hujung tahun ini kemudahan sekolah ini dijangka akan dapat memberi keselesaan kepada murid-murid dan guru di sekolah ini.

SMTT yang kami banggakan!


Falsafah Objektif Misi Visi
Sejarah Lencana Logotype Piagam Pelanggan
Cogankata      

Kembali