AlunanOmbak.gif (3099 bytes)

Kembali

Sejarah Sekolah

AlunanOmbak.gif (3099 bytes)

Sekolah Menengah Teknik Temerloh yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Temerloh telah dibina pada akhir tahun 1975, di atas sebuah tapak seluas 10 hektar dimana kawasan yang asalnya berbukit dan dipenuhi oleh hutan. Sekolah ini terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Jerantut, jaraknya dari bandar Temerloh ialah 13 kilometer.

Sekolah ini dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM 3,608,421.19 di bawah Projek Rancangan Malaysia Kedua. Pada 03 Januari 1976 sekolah ini dibuka untuk kumpulan pertama pelajar-pelajar dari sekitar negeri Pahang Darul Makmur seramai 244 orang . Dari keadaan serba kekurangan ia berkembang serta mengukuhkan kedudukan dari setahun ke setahun.

Tanggal 16.06.1982, merupakan hari bersejarah bagi sekolah ini apabila ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berkenan merasmikan sekolah ini. Kini sekolah ini mengeluarkan pelajar-pelajar yang mengikuti 8 jenis kursus selama 2 tahun dan menyediakan mereka menduduki peperiksaan Sijil Palajaran Vokasional Malaysia.

Oleh sebab asrama yang disediakan di sekolah hanya dapat mengambil 75% daripada jumlah pelajar ,maka yang lain-lainnya samaada berulang-alik dari rumah mereka melalui perkhidmatan bas awam atau pun menyewa rumah-rumah berhampiran dengan sekolah ini. Sekolah ini dahulunya diletakkan di bawah pentadbiran bahagian pelajaran Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekarang ditukar nama Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal. Purata Pelajar di sekolah ini adalah 600 orang.

 

Peristiwa Yang Memberi Kesan Kepada Sekolah.

Pembukaan rasmi oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, D.K, S.I.M.P.K (Terengganu) pada 16.6.1982 bersamaan 24 Syaaban 1402.

Perubahan struktur sekolah seperti bangunan-bangunan telah berubah .

Pertambahan kursus-kursus iaitu kursus Seni Bina, Seni Reka Tanda dan Lukisan Kejuruteraan awam pada tahun 1993.

Perubahan Dari Segi Sosial

Ianya jauh berubah kerana dahulu sekolah ini mengambil murid yang tidak lulus dan menimbulkan masalah disiplin, tetapi sekarang pelajar yang di terima untuk masuk ke sekolah ini adalah yang mempunyai kelulusan yang baik dan masalah disiplin berkurangan.Guru –guru dahulunya kebanyakan berkelulusan maktab perguruan sahaja dan pada masa ini ramai diantaranya yang berkelulusan universiti .

Pelajar dahulu datang dari segenap pelusuk negeri dan sekarang ini diutamakan kepada pelajar dari negeri pahang (kawasan setempat).

Jika dahulu majoriti guru adalah lelaki tetapi sekarang terdapat ramai guru perempuan dalam bidang Vokasional.

Kemudahan Asas Yang Terdapat Di sini

Boleh dikatakan semua kemudahan asas ada dan ia adalah mencukupi . Kemudahan tersebut seperti bekalan elektrik, air , telefon awam, pejabat , rumah guru, rumah pekerja, asrama dan surau termasuk juga kenderaan sekolah seperti bas dan van.

Perubahan Yang Berlaku Pada Tahun Kebelakangan Ini

Terdapat banyak bangunan baru didirikan pada tahun 1993 dan kursus-kursus baru diwujudkan seperti Seni Reka Tanda, Lukisan Kejuruteraan Awam & Lukisan Seni Bina . Banyak peralatan telah ditambah dengan peralatan moden dan canggih . Rumah guru juga ditambah sebanyak dua buah. Pada bulan Julai tahun 2000 banyak bangunan baru telah didirikan seperti bangunan makmal bangunan kelas, surau dan asrama puteri bagi keperluan pertambahan pelajar-pelajar aliran Teknik.

Perkembangan Kemajuan dari Segi Kurikulum & Ko-kurikulum

Keputusan akademik para pelajar begitu membanggakan dan melebihi 80% setiap tahun.

Dalam usaha melaksanakan KBSM sepenuhnya kami telah mengadakan jadual waktu anjalan (skrible) dan gabungan.

Ko-kurikulum

Sekolah ini telah menubuhkan pasukan bola baling ,kami telah menyertai setiap acara di peringkat daerah (permainan dan sukan).

Sistem Pentadbiran

Dahulu sekolah ini adalah sekolah Gred B dan pada 01.01.1997 Gred sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada gred A dan status sekolah ini juga telah berubah dari SM Vokasional ke SM Teknik. Kumpulan pelajar pertama aliran Teknik mula di ambil pada tahun tersebut, kursus yang ditawarkan bagi aliran Teknik ialah Pengajian Kejuruteraan Jentera dan Pengajian Kejuruteraan Awam. Pengetua adalah bertanggung jawab terhadap sekolah ini. Pengetua melantik 3 orang guru senior bagi menguruskan hal-ehwal pentadbiran , hal-ehwal murid dan hal ehwal ko-kurikulum.

Bagi setiap mata pelajaran ,seorang panitia dilantik menjadi ketua panitia . Seorang guru juga menjadi ketua warden asrama.

 Persatuan, Kelab & Sukan Yang Ada Di Sekolah Ini

Badan beruniform yang terdapat di sekolah ini ;

Persatuan Kadet Bomba

Persatuan Pengakap Putera

Pasukan Pertahanan Awam

Pasukan Puteri Islam

Pasukan Bulan Sabit Merah

Pasukan Kadet Remaja Sekolah

 

Senarai kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah ini ;

Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Inggeris

Persatuan Math & Sains

Persatuan Agama Islam.

Persatuan Seni Reka Cipta

 

Senarai Nama Pengetua

        Abu Hassan Nawawi bin Mat Ali
1976 hingga 1979
Abdul Razak bin Dahaman
1980 hingga 1984
 
Mazlan bin Borhan
1984 hingga 1990
 
Arsad bin Muhammad
1990 hingga 1995
 
Tn. Hj. Abdul Wahid bin Zakaria
1995 hingga 1999
Tn. Hj. Zahari bin Hj. Uda
1999 sehingga 16.07.2000
 
En. Hamzah bin Husin
16.07.2000 hingga sekarang

Kembali"BERILMU, BERKEMAHIRAN DAN BERAKHLAK                    

AlunanOmbak.gif (3099 bytes)